Sunday, 3 July 2011

Gunung Stong - (Jelawang Jungle), Kelantan








    Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong   menyediakan hutan yang menarik dan   mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah. Ketinggian Gunung Stong ialah 1433 meter. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
  • Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
  • Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam. 
    Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya anda ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan awan.
    Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.
    ______________________________________________________________
     Stong's Hill
       The Stong Hill is located in Gua Ikan, the Dabong, forest reserve. It is 1433 metres high and the waterfall one of the most attractive places to be visited in Malaysia. The waterfall is 305 metres high and highest in Asia.
    • Gunung Ayam which is ancient to the Stong Hill has various kindsoft birds and wildlife.
    • Gunung Ayam's height is 1504 metres it is and 70 metres higher than Gunung Stong. It takes 3-4 hours to climb Gunung Stong and 4-5 hours to reach the peak of Gunung.
    • The journey to the peak of Gunung Ayam is very challenging. Climbers must be prepared in physical and mental strengths. At the peak of Gunung Ayam, you can view the splendid view of the sunrise. 
      

0 comments:

Post a Comment